Saturday, March 15, 2008

Tafsiran lucah Presiden MCA cukup keliru

Saya rasa, tidak keseorangan apabila menjadi cukup terganggu mendengar Presiden MCA mendefinisikan pengertian lucah. Lucah versi baru beliau cukup longgar iaitu hanya melibatkan pasangan yang berbogel dan membuka pakaian sahaja.

Itu pun baru dikira telah melakukan kelucahan jika perbuatan itu menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam. Ertinya jika berbogel sekali pun tetapi jika saja-saja panas atau saja-saja nak tunjuk-tunjuk itu dan ini dan tidak bertujuan melakukan persetubuhan di tempat awam, maka ia masih dikira bersopan.

Demikianlah kelirunya Presiden MCA. Hairannya, tidak sepatah pun teguran datang dari para pemimpin Umno. Ertinya, sepanjang persahabatan Umno-MCA yang sudah terjalin berpuluh tahun, Umno tidak mampu mengubah pemikiran MCA. Sahlah di sini yang pemimpin Umno tidak pernah perkenal sedikit pun Islam itu dari segi akhlak berpakaian.

Jika prinsip Rukun Negara yang kelima berbunyi mengamalkan kehidupan secara �kesopanan dan kesusilaan�, maka di mana letaknya Umno dalam hubungan ini? Sopankah itu berbogel?

Jika definisi MCA ini boleh juga diterima, maka apa kata jika esok, ada seorang dewasa mengambil sikap berlari tanpa seurat benang di Jalan Tuanku Abdul Rahman? Jika di Barat, ia disebut �streaking� dan ini satu kesalahan yang tetap didakwa.

Apakah Umno mahu dilihat lebih liberal sehingga mahu mengajar orang England atau Amerika maksud sebenar pengertian lucah? Dalam konteks Islam, aurat adalah satu topik penting dalam memelihara kehidupan bermasyarakat. Lantaran itu, Allah S.W.T. sengaja menggariskan batas-batas berpakaian berbunyi:

�Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.� - (Sebahagian dari Ayat 59: Surah Al Ahzab).

Ini semata-mata untuk menjauhi perbuatan zina. Punyalah berhati-hatinya Islam itu, sampai ulama bersepakat supaya pakaian wanita perlu longgar, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Ini tiada lain bertujuan untuk tidak menimbulkan keghairahan tanpa tujuan.

Dengan demikian, nafsu kedua-dua pihak akan terkawal. Keadaan terkawal itulah yang dapat mengelakkan kejadian khalwat, bersekedudukan, sumbang mahram, rogol, liwat dan zina. Tidak cukup dengan itu, Islam meletakkan hukum hudud dan qisas pula demi memelihara hak orang ramai dari dicerobohi oleh mereka yang buas.

Pokoknya prinsip �wala taq robuz zina� seperti yang di sebut oleh Allah dalam ayat yang lain yakni �janganlah kamu mendekati zina� (bukan sekadar berzina; tetapi mendekati zina pun sudah tidak di bolehkan) cukup bersifat mencegah sekali gus menghargai wanita demi memelihara martabat mereka.

Perintah �wala taq robu� yang mengarah setiap hamba �jangan kamu mendekati� turut ditekankan sama dengan menjauhi perbuatan keji dan menjauhi harta anak yatim. Sewaktu melarang Nabi Adam a.s juga, Allah menggunakan penegasan yang sama berbunyi �jangan kamu dekati pokok ini.�

Hatta dalam Mazhab Syafie yang menjadi mazhab ikutan majoriti umat Islam di sebelah sini, adalah ditetapkan bahawa akan batal air sembahyang jika bersentuhan antara mana-mana lelaki dan perempuan yang sah nikah walau berniat atau tidak berniat.

Demikianlah sebuah ketelitian Islam dalam menjaga hubungan jantina demi melahirkan ketenteraman, memelihara nasab dan keturunan. Maka, benar sungguhlah lafaz sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi, �aku telah diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.�

Menjaga adab berpakaian dan mengatur hubungan antara lelaki dan wanita itu adalah sebahagian dari budi pekerti yang mulia. Dengan bukti-bukti itu, maka tidak fahamlah saya bagaimana Umno boleh membiarkan

Menteri Kerajaan Tempatan dari kabinetnya merangkap Presiden MCA itu boleh pandai-pandai mendefinisikan sebuah kelucahan dalam pengertian yang seganjil ini.

Tidak malukah Umno dan beliau dengan etika akhlak yang turun temurun dipegang oleh agama Buddha misalnya. Saya yakin, definisi yang dikemukakan beliau adalah sepenuhnya berteraskan nafsu. Hatta, pakaian klasik wanita berbangsa Cina, India atau mana-mana orang berkulit putih di benua Eropah sekali pun tidak sebuas pengertian lucah ini.

Jika sikap beliau begitu, bagaimana pula sahabat-sahabat Islam beliau yang tinggal sebumbung dalam rumah BN. Maksud saya Umnolah! Takkan sama-sama keliru dan sama-sama tak faham? Jelaslah di sini bahawa faham kebangsaan anutan Umno tidak memahami moral.

Maka banjirlah negara kita dengan kerja-kerja antimoral seperti rasuah, rogol, dedah, dadah. Semuanya ini, tentu ada kena mengena dengan Umno. Jika soal aurat ini pun tidak boleh diharap, maka jangan diharaplah untuk Umno sensitif mengenai bencana murtad yang telah mengorbankan 250,000 orang Islam. Jangan haraplah Umno nak laksanakan hudud.

Jangan haraplah Umno nak bangkit menentang judi. Pendek kata, Umno adalah parti tua yang sudah hilang pedoman. Kompas pelayarannya cuma menuju kepada dunia sepenuhnya. Dia lupa akhirat dan sedang mengajak seluruh rakyat melupai akhirat dosa pahala dan syurga neraka.

Dia telah mulai sesat dan boleh membahayakan aqidah umat. Secara umum, di akhirat kelak, Allah S.W.T. ada mengiklankan dialog yang pasti berlaku antara pemimpin dengan pengikut serta kata-kata syaitan untuk sama-sama kita renungi. Ia berbunyi :

�Setiap umat masuk ke dalam neraka, dia mengutuk kawannya (yang menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk ke dalam semuanya, berkatalah orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang yang masuk terdahulu: Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka seksaan yang berlipat ganda dari neraka.� - (Sebahagian dari Ayat 38: Surah Al A�raaf).

�Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah di selesaikan: Sesungguhnya, Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku.� - (Sebahagian dari Ayat 22 Surah Ibrahim).

No comments: