Saturday, March 15, 2008

Kerajaan Gagal Jaga Kepentingan Rakyat 5(Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail)

Badan kehakiman

Badan kehakiman di negara ini sudah lama terhakis kreadibilitinya.
Hakim dan mahkamah sering sekali didapati tidak bertindak dengan berwibawa. Bebas
daripada kuasa politik dan wang. Keadaan ini bertambah buruk sejak kes perbicaraan
Anwar Ibrahim, dan ada pihak yang merasa gembira kerana mulai melihat tanda
bahawa hakim dan mahkamah mulai bertambah berwibawa selepas Anwar bebas.
Malangnya, keadaan belum pulih lagi. Kita mempunyai bangunan besar dan indah
sebagai istana keadilan. Malangnya, istana sahaja yang tersergam. Tetapi keadilan
tidak jelas kelihatan.

Keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tentang
rayuan Tun Daim Zainuddin dalam kes Metramac, dan juga kes Highland Towers yang
melibatkan ramai terkorban menimbulkan banyak tanda tanya. Dan juga ingat bahawa
ada dua kes melibatkan hakim iaitu Hakim Yusoff Chin dan juga Hakim Hamid Omar.
Kes-kes itu, senyap sahaja. Kita nak tahu apakah disenyapkan supaya rakyat lupa
bahawa mereka mempunyai kes terhadap mereka. Seterusnya sering diperkatakan
tentang kes mahkamah yang tertangguh bertahun-tahun. Salah satu alasan yang sering
diberikan ialah kekurangan hakim. Tetapi satu lagi faktor yang kami lihat, ialah, proses perjalanan mahkamah itu sendiri terlalu perlahan.

Sebabnya ialah kerana bantuan tenaga dan alat yang disediakan untuk
membantu hakim ketika menjalankan kes dalam mahkamah hampir tidak wujud. Tidak
ada kerani atau pencatat yang boleh menolong mencatat apa yang diperkatakan oleh
semua pihak dalam satu-satu kes. Selain dari itu, tidak alat semasa seperti komputer yang digunakan oleh hampir semua mahkamah. Oleh yang demikian, hakim sering terpaksa mencatat sendiri segala-galanya dengan tulisan tangan. Ini mengambil masa yang panjang. Lagi pula, ia tidak memberi peluang sepenuhnya untuk hakim mengikuti secara bebas dan teliti segala yang diperkatakan dalam mahkamah dan melihat segala gerak geri, saksi umpamanya.

Saya terkejut kerana pada pertama kali masuk mahkamah, saya melihatkan
bahawa proses mahkamah itu. Hakim kadang through spell, hanya dua, tiga kali
melambatkan proses. Melambatkan proses. Macam mana kalau kes yang tertunggak
itu? Kadang-kala, ada kes ditangkap dulu, masuk reman. Bila keluar kes, 4 tahun
sudah berlalu, didapati tidak bersalah. 4 tahun dah duduk dalam penjara. Kalau budak?

Kalau dalam pendidikan? Disamakan, disatukan dengan mereka-mereka yang jadi hard
core criminals, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita mesti melihat dan membuat satu formasi dalam hal-hal ini.

Kami ingin mencadangkan supaya setiap hakim dan mahkamah yang
mengendalikan kes besar dan penting, hendaklah diberikan kemudahan kakitangan,
pembantu dan juga alat-alat yang canggih. Dengan demikian, banyak masa akan dapat
diselamatkan dan lebih banyak kes dapat diselesaikan cepat. Kami tidak ingin melihat beratus-ratus juta ringgit dibelanjakan hanya untuk membina istana keadilan yang bertaraf antara bangsa dalam abad moden. Sebaliknya, tidak ada pula bantuan atau kemudahan yang diberikan kepada hakim, sehingga suasana atau prosedur merekod atau menjalankan kes kelihatan beku di peringkat kampung, dan seolah-olah masih
pada zaman pertengahan lagi. Kami berharap sungguh-sungguh, supaya perkara ini diperbaiki segera.

Sebelum saya akhiri, saya ingin ada satu soalan yang saya nak tujukan satu
kemusykilan apabila kita ada Istiadat Parlimen dibuka pada hari Isnin yang alu. Saya dapati, kenapa Parlimen dihiasi dengan bunga sehari selepas Istiadat pembukaan yang dijalankan oleh ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong? Bunga-bunga itu saya kira kalaulah ada masanya, sepatutnya menyambut ketibaan ke bawah Duli dan juga semua pemimpin-pemimpin Kabinet, Perdana Menteri dan semua Kabinetnya dan juga kedutaan asing. Sayangnya, bunga-bunga itu menghiasi hanya sehari selepas Parlimen
dibukakan. Jadi, saya nak akhir dengan satu patah, �Janganlah kita lihat gajah di depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang menjolok mata�.

-------------------------------

Ucapan Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) pada 16 Mac 2006 di Dewan Rakyat.

No comments: