Saturday, March 15, 2008

Jika PAS menang....

KEBANYAKAN orang kampung sekarang ini mengeluh, minyak naik, harga barang naik, anak nak sekolah nak pakai duit, anak nak masuk universiti nak pakai duit, cukai tanahnaik, cukai pintu naik dan banyak lagi.


Mereka umpama timun dan durian. Digelek pun habis,menggelek pun habis. Terima sahaja keadaan yang ada.Ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan tidak dapat diajukan ke mana-mana lagi.

Mereka hendak mengundi PAS dan PKR untuk mengajar pemerintah yang ada tapi mereka takut-takut, takut
kalau sekarang dapat kain pelikat lepas ni dapat kain buruk. Kalau sekarang dapat beras sekampit selepas initak dapat beras langsung. Kalau sekarang dapat tender buat jalan lepas ni dapat tender baiki jalan sahaja.

Oleh itu PAS dan PKR harus memberi jaminan serta perjanjian mungkin dalam bentuk manifesto kepada
golongan seperti ini atau rakyat kebanyakkan apa yang mereka akan dapat kalau mereka undi PAS atau PKR.

Sepertimana ketika peristiwa Fatah Mekah apabila Nabi Muhammad s.a.w membuat perisytiharan kalau sesiapa berlindung di rumah Abu Sufian , dia akan selamat dan seterusnya.

Justeru itu apakah PAS dan PKR boleh memberi jaminan serupa?.Jika PAS dan PKR menang semua JKKK akan dikekalkan?Jika PAS dan PKR menang semua Imam akan dikekalkan?Jika PAS dan PKR menang Tabika Kemas boleh beroperasi di bangunan sedia ada?


Jika PAS dan PKR menang Guru-guru Kemas yang berkhidmat lebih 20 tahun boleh menunaikan haji secarapercuma? Jika PAS dan PKR menang semua parti politik termasuk Umno boleh menggunakan Balai raya untuk aktiviti parti atau umum?

Jika PAS dan PKR menang cukai pintu dan cukai tanah akan diberi potongan 50 peratus?Jika PAS dan PKR menang semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mendapat pendidikan percuma di IPTA atau IPTS untuk tahun yang pertama?
Jika PAS dan PKR menang ���.. ?

Itulah luahan rasa kebanyakkan penyokong BN yang ditemui, bukan mereka tak nak undi PAS atau PKR,
mereka telah lama ditakut-takutkan

No comments: