Saturday, March 15, 2008

Kerajaan Gagal Jaga Kepentingan Rakyat 3(Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail)

Manakala di Sarawak pula, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-
Pertua yang membenarkan perkara ini dibahaskan pada petang ini dalam Dewan yang
mulia ini. Di Sarawak penyakit �tangan kuku kaki dan mulut� sedang melanda. Di sana
pihak kementerian bertindak dengan menutup sekolah walaupun sudah agak terlewat.
Sekarang diumumkan seramai 7 orang kanak-kanak telah terkorban akibat penyakit ini.
Malang sekali tidak ada pengumuman yang berterusan tentang punca sebenarnya
penyakit ini merebak, kawasan-kawasan mana yang terlibat dan sejauh mana ancaman
penyakit ini dapat diatasi di peringkat keluarga dan kementerian.

Saya berasa bimbang kerana ada suara di kalangan pihak kerajaan yang berpendapat bahawa jenis-jenis penyakit yang mengancam ini tidak patut dibesar-besarkan kerana ia akan menjejaskan industri pelancongan, pendapatan negara dan keuntungan hotel-hotel dan lain-lain.

Saya bersetuju, berita-berita ini tidak patut terlalu dibesarkan sehingga melebihi
kenyataan sebenar dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas tetapi rakyat
perlu mendapat maklumat yang sebenar dan diberi nasihat tentang apa yang patut
mereka lakukan. Kerajaan mesti membuktikan sikap serta tindakan tegas bahawa ia
mengutamakan kehidupan rakyat lebih daripada keuntungan perniagaan.

Sementara bercakap tentang kesihatan ini saya ingin mengingatkan bahawa
semasa beliau mula-mula mengambil jawatan Menteri Kesihatan dan juga seorang
doktor telah berjanji keadaan di hospital awam akan dibaiki supaya para pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama sebelum dapat berjumpa dengan doktor. Malangnya,
keadaan masih tidak berubah.

Pendidikan

Tidak berapa lama dulu heboh berita tentang kemerosotan kedudukan universiti-universiti di negara kita berbanding dengan universiti-universiti luar negara.

Dengan tidak payah bergantung pada kajian di luar negara, kita memang tahu
bahawa mutu pelajar, pensyarah dan penyelidikan di universiti-universiti tempatan
semakin merosot, bahkan prestasi Singapura dan Thailand ditinjau dari segi hasil
penyelidikan adalah lebih baik dari Malaysia. Perkara ini sangat serius dan memerlukan tindakan berkesan kerana jikalau tidak universiti kita akan dipandang rendah, siswazah--siswazah akan semakin susah mendapat pekerjaan dalam negara atau untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Salah satu perkara yang merosotkan mutu universiti ialah campur tangan
kerajaan dalam urusan dan pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT), terutama melalui Akta Universiti dan Kolej-kolej Universiti (AUKU). Universiti sudah dianggap lebih sebagai jabatan kerajaan sahaja dan bukannya sebuah pusat ilmu yang berautonomi.

Ada yang dilantik sebagai naib canselor semata-mata kerana hubungan mereka dengan
parti atau pemimpin pemerintah. Kebanyakan mereka tidak mempunyai - siapa yang
memakan cabai pedaslah!

Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengalaman sekali dalam soal-soal yang
berkaitan dengan universiti sebagai pusat untuk mengembangkan kecemerlangan ilmu.
Mereka sering bertindak sebagai ketua jabatan kerajaan, bahkan ada pula yang
bersikap sebagai polis terhadap pensyarah dan pelajar. Begitu juga selalunya dekan
dan ketua jabatan yang dilantik, walaupun mereka mungkin junior kerana hubungan
mereka dengan orang politik dan juga dengan naib canselor yang mirip bermain politik.

Seterusnya, kenaikan pangkat akademik sebagai profesor pula sudah mulai tidak
mengambil kira prestasi akademik, khusus dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan
penerbitan. Akhirnya ada pensyarah yang cemerlang - bukan kita tidak ada, kita ada,
yang diketepikan tetapi mereka yang menjadi pentadbir tanpa memperlihatkan prestasi
cemerlang dari segi akademik telah menjadi profesor.

Ini mudah dilakukan kerana ada universiti yang tidak mengamalkan penilaian
luar - external accesses, dengan izin. Tidak peliklah jikalau ramai pensyarah yang
hilang semangat untuk mengajar dan ada juga yang meninggalkan universiti untuk
pindah ke tempat lain. Negara juga yang rugi akhirnya!

Penguasaan terhadap pelajar pun semakin ketat. Mereka dikawal dan biasanya
ditutup mulut daripada menyuarakan pendapat walaupun yang benar. Bukan sahaja
kebebasan bersuara disekat, bahkan cara berfikir atau menganalisis secara kritikal tidak
digalakkan. Hampir semua urusan pelajar dikawal oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar
hinggakan pelajar tidak dapat belajar sepenuhnya untuk mentadbir atau menguruskan
diri mereka melalui pertubuhan-pertubuhan sendiri.

Keadaan bertambah buruk apabila terdapat campur tangan parti-parti dan
pemimpin-pemimpin pemerintah di dalam pilihan raya pimpinan pelajar di universitiuniversiti disertai dengan peruntukan kewangan pada kumpulan pelajar tertentu.

Akibatnya, ia telah membenihkan amalan korupsi di kalangan para pelajar tersebut.
Semua ini membantutkan perkembangan fikiran, kecekapan dan kebolehan pelajarpelajar dan yang kita semua harap akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang.

Masalah pendidikan bukan sahaja di peringkat universiti, bahkan meluas juga di
peringkat rendah dan menengah di mana mutu pendidikan penuntut juga semakin
terjejas. Memang benar sekarang ini ramai yang mendapat keputusan ujian PMR dan
SPM yang cemerlang tetapi taraf ilmu serta pemikiran yang mereka capai selepas tamat sekolah boleh dipertikaikan. Masih banyak sekolah terutama di kampung, ladang dan pendalaman yang masih kurang kelengkapan yang baik.

Dengan adanya penggunaan komputer di sesetengah sekolah di bandar dan
tiadanya bekalan elektrik di kebanyakan sekolah di dalam kawasan mundur, maka
jurang di antara penuntut sekolah di bandar dan luar bandar semakin melebar.
Malangnya sama ada di sekolah bandar atau di luar bandar taraf berfikir secara kritikal adalah rendah kerana ini bukannya suatu perkara yang digalakkan sebagai matlamat yang hendak digalakkan dalam pelaksanaan sistem pendidikan yang ada sekarang. Walaupun faktor merit hendaknya hendaklah ditimbangkan tetapi faktor kemunduran golongan dan kawasan perlulah juga diambil kira.

Saya berpendapat penubuhan universiti dan sekolah atas anjuran parti-parti
politik tertentu hendaklah dihentikan. Ini memandangkan kebanyakan parti politik di
negara bersifat perkauman dan universiti atau sekolah yang diunjurkan oleh parti-parti politik tersebut akan mencerminkan sifat perkauman.

Saya juga menggesa agar kementerian dengan segera menangani isu atau
skandal berkenaan rasuah di kalangan guru-guru besar kerana ditakuti fokus sekolah
sebagai pusat ilmu akan dikesampingkan dan akhirnya akan terjejas moral pentadbiran
dan mutu pendidikan.

No comments: