Saturday, March 15, 2008

Kerajaan Gagal Jaga Kepentingan Rakyat 2(Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail)

Biar apa pun kehendak di dalam dasar berkenaan sama ada mahu menjadikan Malaysia sebagai hak serantau untuk pembuatan untuk pemasangan dan pengedaran kenderaan automatif atau hendak menggalak suburkan pembuat kenderaan dan vendor. Itu semua hanya khayalan seandainya kerajaan tidak dapat melihat masalah sebenarnya yang menghalang perkembangan industri automotif dan industri-industri lainnya dalam negara ini.

Tembok besar yang menghalang, apa juga bidang ekonomi di negara ini daripada berkembang biak dan maju ialah tidak wujudnya ketelusan dengan sekian banyak kepentingan-kepentingan lain yang tidak seharusnya menjadi kepentingan. Juga diketahui bahawa dunia perniagaan terganggu dengan sida-sida atau para peniaga yang cuma menjadi orang depan yang membawa syarikat proxy, wakil kepada
kepentingan segelintir orang-orang politik. Di mata pelabur, di mata ahli-ahli peniaga di peringkat antarabangsa, iklim perdagangan di Malaysia masih terlalu terjerebu.

Permainan kotor ini menjadi mereka tidak berminat untuk melabur, untuk menutup kelemahan dan kelancungan ini, kerajaan masih berseru dan menuntut para pekerja untuk terus meningkatkan kemahiran dan produktiviti. Saya percaya bahawa kita mempunyai jumlah tenaga kerja yang cukup. Dan dengan kadar upah yang lebih murah berbanding negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Kerajaanlah yang harus bermuhasabah atas kegagalan untuk mengembangkan sektor
perindustrian.

Menuntut para pekerja kita atas tuntutan-tuntutan yang sudah pun mereka ketahui tidak lebih hanya seperti menepuk air di dulang. Bilangan modal yang gagal di pasaran bertambah daripada Tiara, Iswara dan sekarang mula diramal terhadap modal gantian Savvy mahupun yang baru dilancarkan minggu lepas dengan nama Chancellor yang memakai badan daripada model Waja dan enjin V6 Perdana.

Kenyataankenyataan yang dibuat hanya berkesudahan dengan kerugian yang melanda.
Perusahaan Automobil Nasional PROTON tahun ini yang berjumlah melebihi 150 juta.
Perolehan PROTON juga susut hampir separuh daripada 2.8 bilion tahun lalu pada
hanya 1.8 bilion tahun ini.

Saya dengan ini menggesa Perdana Menteri untuk membentuk satu jawatankuasa ekonomi yang dianggotai pelbagai pihak termasuk swasta. Masyarakat sivil dan pakar industri, jawatankuasa ini bertujuan untuk menilai secara objektif masa depan industri automotif negara dan kesannya terhadap ekonomi negara, keselesaan rakyat dan juga pekerja-pekerja yang terlibat.

Saya kira sampai masanya kerajaan perlu mempunyai keberanian untuk beranjak daripada dasar-dasar yang tidak relevan lagi untuk zaman ini. Ini adalah cabaran kepada kerajaan untuk menyusun semula (Government Link Companies) dengan izin bagi mengambil langkah-langkah decisive tegas bertujuan membawa transformasi perusahaan dan ekonomi secara terancang. Hanya dengan pengurusan
yang telus, kita mampu meningkatkan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.

Langkah kerajaan menyelamatkan secara tidak telus iaitu bail out (Government Link Companies) yang bernilai berbilion ringgit akan juga meningkatkan amalan rasuah di semua peringkat.

Persoalan rasuah Tuan Yang di-Pertua, apabila Perdana Menteri mengisi jawatan dua tahun lalu, rakyat berasa lega apabila beliau berjanji akan memerangi rasuah hingga ke akar umbi, apatah lagi apabila kes Tan Sri Eric Chia di PERWAJA di bawa ke mahkamah dan seorang lagi menteri juga ditangkap di atas amalan rasuah, malangnya cerita bermula dan berakhir di situ sahaja. Apa yang kita dapati hari ini
keadaan rasuah di negara kita bertambah teruk. Ini dapat dilihat daripada kedudukan Malaysia yang semakin merosot dari segi indeks persepsi rasuah yang dilakukan oleh transparency international.

Kita juga ingin bertanya, apa yang telah terjadi kepada puluhan laporan polis yang dibuat oleh rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang terutama keadilan. Yang pasti pembuat laporan diasak dan dimasukkan ke dalam penjara, manakala perasuah kekal bersandar di kerusi Menteri. Baru-baru ini Perdana Menteri telah merombak kabinetnya. Rakyat mengharapkan Perdana Menteri menggunakan peluang
tersebut untuk menunjukkan bahawa beliau benar-benar serius memerangi rasuah dengan melantik barisan kabinet yang benar-benar bersih. Malangnya sekali lagi harapan rakyat dikecewakan. Bukankah telah diciptakan serangkap pantun oleh nenek moyang kita, �Apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak�.

Komitmen Perdana Menteri untuk memerangi rasuah perlu ditunjukkan dengan tindakan yang konkrit dan kehendak politik yang kuat, strong political will dengan izin.

Ini termasuk dengan mewajibkan menteri-menteri yang dilantik mengisytiharkan asetaset mereka setiap tahun kepada parlimen dan dijadikan pengisytiharan itu sebagai dokumen awam untuk dinilai oleh rakyat. Kerajaan juga harus membenarkan Badan Pencegah Rasuah, bertindak secara bebas dan bertanggungjawab kepada parlimen dan bukannya kepada Jabatan Perdana Menteri.

Dasar Ekonomi Baru, Malaysia kini berdepan dengan realiti kebangkitan ekonomi negara cina dan India. Senario ini membawa kita mengimbau kembali zaman keagungan kerajaan Melaka yang merupakan satu kerajaan kosmopolitan yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Arab dan sebagainya. Kegemilangan ekonomi pada zaman itu adalah kemampuan pemimpin ketika itu memanfaatkan
sepenuhnya tamadun dan kuasa dagang besar iaitu Cina dan India. Justeru kerajaan hari ini harus mampu mengajak rakyat pelbagai kaum untuk merumus dasar-dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan industri serta bahasa.

Saya yakin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang agung bukan sahaja satu slogan �Malaysia Boleh�, Malaysia boleh, boleh rasuah, boleh everything, saya yakin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang agung. Sekiranya kita membuat anjakan strategik dan berani untuk berdepan dengan reality baru ini. Salah satu dasar yang tidak lagi mampu berdepan dengan reality ini ialah Dasar Ekonomi Baru yang sudah berumur kira-kira 35 tahun. Data perbezaan GDP di antara negara pada tahun 1960, Malaysia bermula pada paras yang sama dengan Singapura, Korea, Taiwan dan Thailand. Hari ini kita sekadar elok sedikit berbanding Thailand dalam GDP, kalau berbanding dengan Korea tiga kali ganda, Taiwan tiga kali ganda, Singapura jiran kita adalah lima kali ganda.

Pada tahun 2004 kalau kita bandingkan JDP Singapura USD24,740, Korea USD14,151, Thailand USD2,521, Taiwan USD13,451 dan Malaysia USD4,646 sahaja. Tahun lalu Dasar Ekonomi Baru kembali menimbulkan kontroversi. DEB merupakan persoalan besar berkaitan dengan keadilan sosial dan pengagihan
kekayaan. Dalam dasar sebegini penting perdebatan secara terbuka perlu dialu-alukan.

Ketidakpuasan terhadap pelaksanaan dan tafsiran terhadap DAP bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah dikaji para sarjana dan pakar-pakar ekonomi. Tetapi perdebatan tersebut tiba-tiba mati dalam media massa arus perdana kerana wujudnya tekanan daripada pemerintah yang menghalang perdebatan terbuka. Menggunakan tekanan untuk mematikan perdebatan bukanlah caranya masyarakat yang demokratik dalam
mengendalikan ketegangan. Seharusnya perbincangan secara terbuka dan rasional
digalakkan khususnya untuk mencari penyelesaian yang saksama terhadap isu-isu ketidakadilan dan ketidakseimbangan ekonomi ini.

DEB berasal dari cetusan cita-cita murni untuk menghapuskan kemiskinan. Namun dasar ini telah disalahgunakan. Justeru kami berpendapat, memang sudah sampai masanya untuk mengkaji semula bahkan merombak DEB tersebut. Kegagalan DEB kerana ia membuka peluang kepada segelintir mereka yang berkuasa dan kaya untuk memperalatkannya bagi memperkayakan lagi diri dan �kroni� serta suka sakat
mereka dan bukan menggunakannya untuk meningkatkan pendapatan serta taraf kesejahteraan dan kebajikan rakyat teramai.

Tidak wujud pendekatan yang memperlihatkan sikap kepedulian terhadap rakyat.
Kami berpendapat dari segi ekonomi, hak serta peluang rakyat ramai mesti diutamakan
dan diperluaskan lagi bagi semua tanpa mengira kaum. Pada masa yang sama,
pendekatan yang tidak bersifat perkauman boleh membaiki dan meredakan ketegangan
perhubungan antara kaum. Kita mesti ingat bahawa dari segi kemanusiaan dan agama
Islam sendiri falsafah dan ajaran pokoknya ialah dengan bersifat adil dan menolong
yang lemah dan yang miskin tanpa mengira kaum, warna kulit mahupun pegangan
ideologi. Mengapakah bukan bumiputera yang miskin dan berpendapat rendah selalu
dilihat sebagai didiskriminasikan manakala sebaliknya golongan kaya bukan bumiputera diberi peluang dan keistimewaan yang sama dengan orang kaya Melayu untuk mengaut lebih banyak kekayaan ini?

Sementara kami mendesar supaya dasar kerajaan harus memberi peluang yang
adil kepada semua kaum untuk merasa nikmat pembangunan, kami juga berharap
bahkan mendesak supaya sektor-sektor ekonomi atau perniagaan yang dikuasai atau
dimonopoli hanya oleh satu-satu kaum sahaja akan membuka peluang kepada kaum- kaum yang lain. Ertinya dengan lebih tegas, mesti ada galangan untuk membuka
peluang latihan dan pekerjaan bagi orang Melayu yang berkelayakan misalnya untuk
mendapat latihan dan pekerjaan dalam bidang-bidang kegiatan ekonomi yang kelihatan
dikawal atau dimiliki oleh kaum China umpamanya. Pada masa yang sama, peluang
untuk orang bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam. polis dan tentera haruslah
sentiasa terbuka luas.

Saya masuk pada bab kesihatan. Inti kepada dasar-dasar negara harus berteras
kepada kesejahteraan rakyat dan keadilan sosial. Aspek keprihatinan ini kian terhakis dalam agenda pembangunan negara. Baru-baru ini, kerajaan tergesa-gesa ingin melaksanakan skim bayaran penuh di hospital awam walaupun kerajaan menafikan
bahawa dasar ini sebahagian daripada rancangan penswastaan sistem kesihatan
negara. Namun Menteri Kesihatan gagal memberi keyakinan kepada rakyat. Kita tidak
faham mengapa kerajaan mahu menguatkuasakan polisi dan dasar baru tanpa terlebih
dahulu membuat perundingan dan rancangan yang teliti.

Pihak kerajaan mengatakan bahawa ia telah mengenal pasti beberapa pakar perunding yang akan mengeluarkan butiran terperinci bagi mekanisme National Health Financing Authority dengan izin.

Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan kepada para aktivis bahawa ia
akan memantau secara dekat cadangan National Health Financing Authority yang akan
mengurus Tabung Bantuan Perubatan. Namun ketiadaan ketelusan di dalam isu ini
telah menggusarkan rakyat. Committee Anti Health Privatization (CAHP) telah
menerima jawapan dari Unit Perancang Ekonomi pada 27hb Januari 2006 ini dengan
mengatakan bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat mengenai
perunding yang akan mereka lantik untuk menggubal mekanisme tersebut atas alasan
ianya sulit. Sulit ada berbagai makna, �sulit rahsia� satu dan �sulit susah� satu.
Kita merasa hairan mengapa pihak kerajaan perlu berahsia dalam hal mengenai
kepentingan rakyat.

Sejak Disember 2004, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa tindakan yang mengakibatkan pesakit membayar lebih terhadap perkhidmatan yang diberikan. Antaranya ialah cadangan untuk menswastakan dispensari hospital
kerajaan dan menjadikan warga asing termasuk pekerja asing supaya membayar harga
yang lebih tinggi di hospital kerajaan. Kerajaan juga telah mengisytiharkan strategi belanjawan dengan menfokus kepada pelancongan kesihatan �health tourism� dengan izin.

Baru-baru ini kerajaan telah membenarkan para pakar memberikan
perkhidmatan peribadi mereka di hospital kerajaan bagi menampung kekurangan gaji
mereka. Tujuan kerajaan ialah mengelakkan pengaliran keluar para pakar ke hospitalhospital swasta.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan ini bukannya meninggikan peruntukan kesihatan dan membuat bayaran yang tinggi kepada pakar hospital kerajaan tetapi menswastakan perolehan pendapatan. Adalah dianggarkan, Tabung Bantuan Perubatan akan mengendalikan wang sejumlah RM13 bilion setahun.

Dengan mengumpul premium dari rakyat dan seterusnya membuat bayaran dari tabung tersebut kepada pemberi perkhidmatan termasuk hospital swasta adalah menjadi amalan biasa untuk membuat tender terbuka terhadap kontrak perkhidmatan yang akan ditawarkan.Justeru akan meningkatkan kos perbelanjaan sedangkan mutu perkhidmatan belum tentu setimpal.

Penyakit wabak yang merebak baru-baru ini, sekali lagi menunjukkan
kepincangan kerajaan di dalam menangani isu kepentingan awam. Pada masa ini dunia
sibuk bercakap tentang selesema burung. Saya selesema tetapi saya ingat saya bukan
selesema burung. Malaysia untuk beberapa ketika terlepas daripada ancaman ini tetapi baru-baru ini telah diketahui bahawa penyakit tersebut mula terdapat dalam dan berdekatan kawasan Kuala Lumpur. Tetapi perkara ini disenyapkan semacam untuk
menyembunyikannya. Hanya selepas sebuah akhbar luar negara melaporkannya
barulah pihak Kesihatan memberi penjelasan mengenainya.

No comments: