Saturday, March 15, 2008

Dr M: Pak Lah bukan pilihan pertama saya

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau mungkin telah membuat keputusan yang silap dengan memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

Secara terus terang beliau juga mendedahkan bahawa Abdullah bukanlah pilihan pertamanya untuk mengambil alih pucuk pimpinan apabila beliau bersara pada 2003 selepas 22 tahun menjadi perdana menteri.

�Selepas memilih beliau sebagai pengganti saya � malah, beliau bukanlah pilihan pertama, beliau (pilihan) kedua kerana beliau tidak mendapat undi terbanyak. (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri (Najib (Tun Razak) yang dapat (undi terbanyak),� kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau memilih Abdullah dan menjangka akan adalah rasa terhutang budi.

Dr Mahathir merujuk kepada pemilihan Umno pada 1996 di mana Najib memperolehi undi terbanyak, diikuti oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Abdullah.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998, Dr Mahathir perlu memilih salah seorang daripada tiga naib presiden tersebut untuk mengisi jawatan yang kosong tersebut, dan beliau memilih Abdullah.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau kesal kerana memilih Abdullah � yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah � sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata: �Saya telah membuat banyak kesilapan sepanjang kerjaya saya. Saya telah membantu ramai orang tetapi mereka telah menikam saya dari belakang...saya ada tabiat silap memilih orang.�

Apabila terus didesak sama ada Abdullah telah menikamkan dari belakang, beliau menjawab: �Calar-calar sikit�.

�Siapa yang tahu apa seseorang itu akan lakukan apabila dia tidak lagi di bawah kawalan kita. Jadi, saya sangka saya telah membuat pilihan yang baik,� kata bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir yang masih aktif walaupun telah bersara, telah mengkritik keras beberapa keputusan yang diambil kerajaan sekarang, termasuk keputusan untuk membatalkan pembinaan jambatan ke Singapura.

'Saya tidak boleh lagi berdiam diri'

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu pemberita yang beliau telah banyak bertolak ansur dengan keputusan-keputusan seumpama itu, tetapi kini katanya, beliau tidak boleh berdiam diri lagi.

Dr Mahathir amat terkilan dengan dakwaan bahawa beliau telah menghabiskan kewangan kerajaan melalui projek-projek mega yang dilaksanakan di bawah pentadbirannya.

Ini termasuklah pembinaan Menara Berkembar 88 tingkat, pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun, Dr Mahathir menafikan beliau sedang berkempen untuk menjatuhkan Abdullah sebagai pemimpin parti pemerintah Umno.

�Mana boleh saya membuangnya, ia terpulang kepada partinya untuk berbuat demikian, bagi Umno untuk membuangnya. Saya tidak membantu atau berkempen dan memberitahu orang, �tolong buang orang ini�.

Abdullah dilaporkan telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Dr Mahathir ketika mereka berdua menghadiri persidangan yang sama di Jepun minggu lalu.

Perdana Menteri telah menafikan spekulasi berhubung pertemuan tersebut dan menolak anggapan bahawa hubungan antara mereka berdua semakin tidak baik.

Sidang akhbar itu pada awalnya diadakan untuk mengumumkan penganjuran satu forum keamanan "Criminalise War - Stop World War Four" yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun.

Bagaimanapun para pemberita mengambil peluang untuk menanyakan pelbagai soalan panas mengenai hubungannya dengan kerajaan.

Seperti sifat biasanya, Dr Mahathir berkata beliau akan terus menyuarakan pendapat beliau di dalam dan di luar negara.

Perolehan Petronas

Di sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir, yang juga penasihat Petronas, turut mendedahkan bahawa syarikat minyak nasional itu akan mengumumkan laporan kewangannya tidak lama lagi.

�Mereka akan menerbitkannya tidak lama lagi. Itulah yang diberitahu kepada saya,� katanya.

Katanya, Petronas telah mencatat keuntungan kira-kira RM50 bilion tahun lalu dan RM80 bilion tahun ini.

�Tahun ini, Petronas memperolehi RM83 bilion dan membelanjakan RM13 bilion untuk subsidi harga petrol awam dan ia masih mempunyai kira-kira RM70 bilion, di mana kita akan membayar cukai RM30 bilion dan masih ada RM40 bilion, dan jika kerajaan mahukannya, Petronas mesti bagi kerana ia milik kerajaan.

�Jadi, untuk mengatakan kerajaan sebelum ini telah membelanjakan semua wang [...] ia tidak disokong oleh fakta-fakta,� katanya.

No comments: